JAUHILAH ALIRAN SALAFI-WAHABI

CIRI-CIRI GOLONGAN SALAFIYYAH WAHHABIYYAH

AQIDAH
1. Membagikan Tauhid kepada 3 Kategori
i. Tauhid Rububiyyah: Dengan tauhid ini, mereka mengatakan bahawa kaum
musyrik Mekah dan orang-orang kafir juga mempunyai tauhid.
Tauhid Uluhiyyah: Dengan tauhid ini, mereka menafikan tauhid umat Islam yang
bertawassul, beristigatsah dan bertabarruk sedangkan ketiga-tiga perkara tersebut
diterima oleh mayoritas ulama Islam khususnya ulama empat mazhab.
Tauhid Asma dan Sifat: Tauhid versi mereka ini boleh menjerumuskan seseorang
ke lembah tasybih dan tajsim
Menterjemahkan  istawa sebagai bersemayam/bersila/bertempat
ii. Merterjemahkan  yad sebagai tangan hakikat
iii. Menterjemahkan wajh sebagai muka hakikat
iv. Menisbahkan  jihat (arah) kepada Allah (arah atas – jihat „ulya)
v. Menterjemahkan  janb sebagai lambung/rusuk
vi. Menterjemah  nuzul sebagai turun dengan zat
vii. Menterjemah  saq sebagai betis
viii. Menterjemah ashabi' sebagai jari-jari, dll
ix. Menyatakan bahwa Allah SWT mempunyai "surah" atau rupa [Terbaru]
x. Menambah bi zatihi haqiqatan [dengan zat secara hakikat] di akhir setiap ayat-ayat
mutashabihat, sedangkan penambahan itu tidak ada di dalam al-Qur'an dan al-
Sunnah. Imam al-Zahabi sendiri mengkritik gurunya, Ibnu Taymiyyah berkenaan
masalah ini di dalam Siyar A'lam al-Nubala' [Rujuk kitab yang ditahqiq oleh bukan
Wahabi kerana Wahabi membuang kritikan ini dalam terbitan mereka] [Terbaru]
xi. Sebahagian golongan Mujassimah menyatakan bahawa Allah :
* mempunyai gusi ( اللثة ) dan gigi gerham ( الأضراس ) [Terbaru]
* akan "duduk" bersama Nabi Muhammad SAW di atas arash [Terbaru]
* mempunyai mulut ( الفم ) [Terbaru]
(Rujuk Kitab Ibthal al-Ta'wilat oleh Abu Ya'la al-Farra' yang telah diterbitkan semula oleh
"tangan-tangan Tajsim dan Tasybih" )
2. Tafwidh yang digembar-gemburkan oleh mereka adalah bersalahan dengan tafwidh yang
dipegang oleh ulama Asy'ariyah dan ulama salaf.
3. Memahami ayat-ayat mutasyabihat secara zahir tanpa huraian terperinci dari ulama mu'tabar
4. Menolak Asy'ariyah dan Maturidiyyah yang merupakan mayoritas ulama Islam dalam
perkara Aqidah
5. Sering mengkrititik Asy'ariyah bahkan sehingga mengkafirkan Asy'ariyah
6. Menyamakan Asy'ariyah dengan Mu'tazilah dan Jahmiyyah atau Mu'aththilah dalam
perkara mutasyabihat
7. Menolak dan menganggap pengajian sifat 20 sebagai satu konsep yang bersumberkan
falsafah Yunani
8. Berlindung di balik Manhaj Salaf
9. Golongan mereka ini dikenali sebagai al-Hasywiyyah, al-Karramiyyah, al-Mushabbihah,
al-Mujassimah atau al-Jahwiyyah dikalangan ulama Ahli Sunnah wal Jama'ah
10. Sering mengatakan bahwa Abu Hasan Al-Asy'ari telah kembali ke mazhab Salaf setelah
bertaubat dari mazhab Asy'ariyah
11. Mendakwa dulunya ulama Asy'ariyah tidak betul-betul memahami fahaman Abu Hasan
al-Asy'ari, bahkan sering mendakwa dulunya mereka adalah pengikut Imam Abu al-
Hasan al-'Ash'ari yang sebenar. Sungguh lucu dakwaan ini [Terbaru]
12. Menolak takwil dalam bab Mutashabihat
13. Sering mendakwa bahwa ramai ummat Islam telah jatuh ke dalam syirik
14. Mendakwa bahwa amalan memuliakan Rasulullah SAW mungkin membawa kepada syirik
15. Tidak menganggap penting kesan-kesan sejarah para anbiya, ulama dan shalihin dengan
alasan menghindari syirik
16. Kefahaman yang salah berkenaan syirik sehingga mudah menghukum orang sebagai
membuat amalan syirik
17. Menolak tawassul, tabarruk dan istighatsah dengan para anbiya serta shalihin
18. Mengganggap tawassul, tabarruk dan istighatsah sebagai cabang-cabang syirik
19. Memandang remeh karamah para aulia
20. Menyatakan bahawa ibu bapa dan kakek Rasulullah SAW tidak selamat dari azab api
neraka.
21. Mengharamkan mengucap "radiallahu anha" bagi ibu Rasulullah SAW, Sayyidatuna
Aminah [Terbaru]
22. Menamakan Malaikat Maut sebagai 'Izrail adalah bid'ah [Terbaru] - Fatwa Sholeh
Utsaymin

SIKAP
1. Sering membid'ahkan amalan umat Islam bahkan sampai ke tahap mengkafirkan mereka
2. Mengganggap diri sebagai mujtahid atau berlagak sepertinya (walaupun tidak layak)
3. Sering mengambil hukum secara langsung dari al-Quran dan hadis (walaupun tidak
layak)
4. Sering melecehkan ulama pondok dan golongan yang lain.
5. Ayat-ayat al-Quran dan Hadis yang ditujukan kepada orang kafir sering ditafsir ke atas
orang Islam.
6. Memaksa orang lain berpegang dengan pendapat mereka walaupun pendapat itu shazz
(janggal).
7. Bersikap "taqiyyah" apabila dirasakan perlu. Fatwa mereka berbeda apabila berbicara di
hadapan masyarakat umum dengan pengajian khusus bersama mereka [Terbaru].
8. Apabila mereka sedikit dan tidak berkuasa membela diri, mereka menjawab dengan slogan "Berlapang
dada", namun apabila mereka ramai dan berkuasa mereka mempraktekkan slogan
"Meghilangkan Bid'ah" [Sikap ini diambil berdasarkan kata-kata para ulama' Mekah yang
memerhatikan sikap Wahabi di Mekah sewaktu ia mula-mula berkembang sampai
kini.][Terbaru].
9. Apabila mereka menerima tentangan dari pada mayoritas ulama', mereka menyatakan itu
adalah asam garam dalam perjuangan. Sedangkan para ulama' menyatakan bahawa
apabila sesuatu itu ditolak oleh kebanyakan para ulama', maka itu adalah tanda-tanda
kesesatan, kepelikan dan kejanggalan (shazz) atau ketergelinciran (zallah) kerana para
ulama' umat Nabi Muhammad SAW tidak akan bersepakat di dalam kesesatan
seperti yang disebut di dalam hadits Rasulullah SAW [Terbaru]

ALLAHUMMA INNA NA'UZUBIKA MIN FITNATIL WAHABIYYAH........Amiiin

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Silahkan Komentar dengan tidak mengurangi rasa hormat dan tetap menjaga etika